assalamu'alaikum

Salam

Tuesday, October 19, 2010

maafkan teman.. bukan mengelak, cuma perlukan sedikit ruang...

Buat sahabat-sahabatku yang amat ku cintai kerana Allah, yang ku cintai kerana Rasulullah. buat yang selama ini tertanya-tanya tentang diriku, di sini ku coretkan sesuatu buatmu...

maafkan daku
Andai tidak menyertai kalian
bukan ku x ingin
bukan daku membenci
cuma perlu sedikit ruang
ruang untuk kembali pada fitrah cinta.

agak lama aku merasa kehilanganNya
baru kini aku ketemu kembali
setelah berkali-kali ku meminta padaNya
ditenangkan hati
ditenteramkan jiwa
ditetapkan iman
dimantapkan keyakinan pada jalan juang ini.

tujuanku ku titipkan coretan ini
bukan untuk menuntut pengertianmu
tapi ku ingin dirimu mampu melihat
diriku sebagai diriku
mungkin waktu untuk kita saling menyelami dasar hati terlalu singkat
masih ada yang tak terungkapkan
dan mungkin dalam haru-biru
mustahil untuk diriku mengungkapkan.

sahabatku yang ku cintai
ku mohon
pimpinlah tanganku sepanjang jalan ini
jangan biarkanku sendiri lagi
baru kini dapat aku rasakan kebersamaan itu
baru kini ku mengerti
bait-bait katamu.

sahabatku fillah,
maafkan daku jika selama ini
aku dilihat seperti tidak mahu bersama kalian
tapi
inilah diriku
ingin kamu lihat sebagai kelebihan atau kekurangan
terpulang pada dirimu.
diriku seorang yang akan mengambil masa yang lama untuk mengerti
apa lagi sesuatu yang tak pernah ku alami
lambat aku menafsirnya
kerana pandang sisiku berbeza denganmu
maaf jika aku menjadi beban buatmu.
mungkin apa yang ku lalui dalam hidupku
menyebabkan aku jadi begini
namun
inilah aku
jika kamu hendak tahu.
ini adalah satu sisi daripada diriku
yang selebihnya
nilailah sendiri daripada pemerhatianmu.

sahabatku fillah,
aku cuma ingin kau tahu...
sedikt ruang buat diriku
bisa merubah seluruh jiwaku...

duhai sahabat
tidak pernah kau bermaksud untuk menjauhkan diri
namun perlukan sedikit ruang
untuk merapatkan jurang.

wallahu ta,ala 'a'lam...