assalamu'alaikum

Salam

Sunday, January 31, 2010

Hembusan Pembuka Madah Bertinta Maya

Bismillahirrahmanirrahim...

"Subhanallah"... tiada ungkapan yang selayaknya diucapkan pada yang Maha Memiliki. Maha Suci Engkau ya Allah kerana dengan limpah kurniaMu, Kau anugerahkanku sesuatu yang kurasakan selama ini tidak layak bagiku yakni untuk meluahkan lahar nuansa hati yang sebenarnya sekian lama menjadi idaman, namun jemariku sebelum ini, tidak mampu mencecah papan kekunci arena maya demi tujuan ini. Selawat dan salam buat junjungan Mulia, insan yang paling kurindui, Rasulullah S.A.W. tidak dapat kugambar, jua tidak dapat kubayangkan ketenangan wajahnya, indah akhlaknya, sehingga terkadang terasa berat untuk meniti dunia fana mengikut acuannya. Tetapi tetap kugagahkan jua, berbekalkan secebis ilmu di dada demi menawan cinta dan kasih sayangNya.. Kucoretkan tinta ini buat sahabat2 demi tatapan jiwa, atau pengubat luka. SALAM UKHUWWAH, PENGGEGAR MEDAN DAKWAH!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.